Akaun alhijjrahvacation.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
BADAL HAJI 2021 / 1442H

APA ITU BADAL HAJI / UPAH HAJI


Badal ertinya “Ganti”, “Pengganti”, atau yang “Digantikan”. Mengganti oleh kerana mempunyai penyakit yang tidak ada harapan sembuh seperti penyakit kronik yang disahkan oleh doktor, usia tua (uzur) atau kematian ( berkemampuan dari segi kewangan semasa hayatnya.

Barang siapa yang mampu menyambut panggilan haji kemudian terhalang kerana sakit yang tiada harapan sembuh atau lanjut usia maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya.

 

Hal ini berdasarkan hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, dari Fadl bin Abbas bahawa seorang wanita dari Bani Khats`am berkata, “ Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hambanya, bapaku seorang yang lanjut usia dan tidak mampu berada pada kenderaan, maka apakah aku boleh menghajikannya”? Rasulullah SAW menjawab,

”Boleh..”

Dalam hadis yang lain dari Ibni Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi SAW dan berkata, “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan haji tersebut untuknya”? Nabi menjawab, 

“Kerjakanlah haji tersebut bagi pihak ibumu. Jika ibumu berhutang dengan seseorang adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah SAW kerana ia lebih patut dilunaskan”.( Hadis riwayat Imam Al Bukhari)

Seorang wanita bertanya Nabi SAW tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan haji. Nabi bersabda, 

“Kerjakanlah haji bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat An Nasaie)



WhatsApp Image 2020-06-09 at 13.23.45.jp  



PENDAFTARAN TERHAD 200 KUOTA SAHAJA

SETIAP TAHUN!


  • Ibadah Haji hanya akan dilaksanakan SEKALI SETAHUN PADA BULAN ZULHIJJAH MENGIKUT KALENDAR ISLAM.

 

  • SEORANG PEMBADAL HAJI HANYA BOLEH MENJALANKAN BADAL KEPADA 1 PENAMA SAHAJA

 

  • Pihak Syarikat sangat menitikberatkan kualiti ibadah yang dijalankan. Justeru itu, syarikat hanya melantik di kalangan MASYARAKAT / PELAJAR MELAYU yang menetap di Mekah dan mereka  akan ditemuduga oleh pihak syarikat terlebih dahulu sebelum disahkan pelantikkan. 

 

  • Memandangkan Bilangan Pembadal Haji adalah SANGAT TERHAD, syarikat hanya membuka pendaftaran KEPADA 200 ORANG SAHAJA



1%20(74)_edited.jpg



AQAD UPAH HAJI (PEMOHON)


Largest Collection of Free-to-Edit ... Stickers


Saya ________ mewakilkan pihak Al Hijjrah Vacation Sdn Bhd untuk menguruskan


Upah Haji (Badal Haji) kepada penama _________________


untuk tahun 2021 (1442 H) dengan kadar upah sebanyak RM2500 kerana Allah S.W.T