APA ITU QURBAN
Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah SWT. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Aidil Adha dan zakat.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah.” (Al-Kautsar : 2)
Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.
Nabi SAW juga telah bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)
PENDAFTARAN TELAH DIBUKA UNTUK TAHUN 1442 H!
- Al Hijjrah Vacation Sdn Bhd telah berpengalaman mengendalikan Ibadah Qurban & Aqiqah hampir 20 tahun sejak tahun 2005.
- Kami ingin memudahkan anda dan seluruh rakyat Malaysia dalam melaksanakan ibadah Aqiqah dan Qurban untuk diri anda dan insan tersayang. Kami akan memegang prinsip jujur, telus dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab diberikan!
- Daging sembelihan hasil aqiqah atau qurban anda akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
AKAD PERSETUJUAN IBADAH QURBAN & AQIQAH
Saya [ NAMA PESERTA ] bersetuju mewakilkan AL HIJJRAH VACATION SDN BHD melaksanakan
[ QURBAN / AQIQAH ] untuk tahun [ 1442 H ]
dengan bayaran [ RM 750.00 SAHAJA ] untuk seekor Kambing kerana Allah Ta'ala